Kurindu menyatakan bahawa,
yang aku cinta padaMu,
Kurindu mengatakan bahawa,
hanya Engkau yang 'kan kubawa,
s'panjang hidupku.
B'rapa lama kan ku tinggal begini,
tanganku ditegah dari mencapai,
Dan di sana Kau menanti,
dengan kegemilangan dan keagunganMu,
menanti saatku tiba,
menanti saatku pulang,
dari larianku.
Kurindu menyatakan bahawa,
yang aku cinta padaMu,
Dengan seluruh jiwa dan hayatku,
aku cinta padaMu,
Kan ku nyanyikan lagu indah untuk dengaranMu,
dan dari bibirku mazmur untukMu,
Kata kata manis yang menyatakan,
bahawa aku cinta padaMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment